BAHASA MALAYSIA

i-Power


Menerusi kesan penjimatan kuasa dan tenaga elektrik serta kestabilan voltan dan aliran arus elektrik, i-Power boleh menggunakan kuasa elektrik secara optimum sehingga matlamat penjimatan wang dan pemanjangan jangka hayat untuk alatan elektrik tercapai. i-Power beroperasi berasaskan kepada prinsip penapisan regangan gelombang yang bertujuan untuk menapis kesan gelombang harmonik dan mengawal voltan pada suatu tahap yang praktikal supaya boleh menyediakan suatu sistem bekalan elektrik yang bermutu tinggi untuk lampu cahaya dan alatan elektrik, mengurangkan kuasa elektrik yang tidak berkesan, meningkatkan faktor kuasa dan seterusnya menjimatkan kuasa elektrik.


Spesifikasi Produk
  • Klasifikasi mengikut Voltan : Voltan 1-Fasa 110V, 220V dan Voltan 3-Fasa 380V、440V; serta produk yang bervoltan tinggi.
  • Klasifikasi mengikut Kuasa Elektrik : diaplikasikan untuk kuasa elektrik bersistem 1-Fasa dan 3-Fasa 26A ke atas.
  • Klasifikasi mengikut Fungsi Operasi : manual, standard, ekonomi atau jenis yang mudah dikawal masa.
  • Klasifikasi mengikut Penggunaan : boleh dipasang sama ada di dalam bilik, di luar bilik (kalis air), atau santak ke dinding.
  • Boleh diselaraskan mengikut keperluan semasa pengguna.


Kelebihan-Kelebihan i-Power
1. Menyeimbangkan Voltan dan Arus Elektrik:
Dengan menggunakan teknik keseimbangan gelombang elektromagnetik, 
i-Power dapat mengawal kuasa regangan voltan untuk menyeimbangkan sistem operasi 
gelombang magnetik dan arus elektrik supaya keseimbangan kuasa voltan dapat 
dikekalkan dalam pendawaian.


2. Menyelaraskan Kuasa Voltan yang Sesuai:
i-Power berupaya menyelaraskan muatan kerja voltan untuk pelbagai jenis alatan elektrik, yakni dapat membekalkan kuasa voltan yang berada di antara ±5% untuk muatan kerja alatan elektrik tersebut, agar ia boleh beroperasi dalam kuasa voltan yang sesuai dan seterusnya dapat menjimatkan kuasa elektrik.

3. Menghilangkan Kesan Gelombang Harmonik:
Oleh kerana i-Power diperbuat daripada jenis bahan yang bermutu baik dan berteknologi tinggi, maka ia dapat menyerap kuasa elektrik yang mengandungi kesan gelombang harmonik yang berbahaya semasa aliran arus elektrik, sehingga menjadikan gelombang sinus berjalan dengan lebih lancar dan seterusnya memanjangkan jangka hayat kelengkapan elektrik.

4. Mengurangkan Arus Elektrik Yang Mendadak:
Kesan Regangan yang wujud pada i-Power bukan saja dapat memperbaiki kuasa voltan luaran yang berlaku secara mendadak sebanyak 90° dan menyerap ‘kuasa elektrik yang tidak berkesan’ secara cekap, malah dapat mempertingkatkan faktor kuasanya tanpa berlakunya fenomena “melampaui kuasa”.

5. Mencegah Masalah Gangguan Elektromagnetik:
Kesan Regangan yang ada pada i-Power juga dapat memperbaiki mutu alatan elektrik dan melindunginya dengan berkesan daripada masalah gangguan elektromagnetik yang akan menghasilkan kuasa voltan yang abnormal yang mungkin akan menyebabkan kerosakan alatan elektrik.

6. Mengelakkan Kejadian Litar Pintas:
Memandangkan i-Power dapat mengurangkan aliran arus elektrik pada litar, jadi, ia juga dapat mengurangkan beban pendawaian elektrik. Apabila wayar menjadi kepanasan, kejadian litar pintas akan mudah berlaku kerana beban pendawaian elektrik sudah terlalu keberatan. Apabila aliran arus elektrik pada litar berkurangan, kadar kejadian litar pintas turut akan berkurangan.

7. Meningkatkan Kecekapan Alatan Elektrik:
i-Power juga berupaya meningkatkan faktor kuasa elektrik, namun ia berbeza daripada kapasitor yang lain kerana ia lebih mudah menyerap ‘kuasa elektrik yang tak berkesan’ secara terus daripada berfungsi sebagai “alat ganti kuasa reaktif” saja. Oleh itu, ia dapat meningkatkan faktor kuasa elektrik. Sebaik faktor kuasa ini dipertingkatkan, tahap kecekapan alatan elektriknya juga akan dipertingkatkan.

8. Memanjangkan Jangka Hayat Alatan Elektrik:
i-Power merupakan sejenis alatan elektrik yang dapat menyediakan muatan kuasa elektrik yang praktikal dan juga berupaya menghilangkan kuasa voltan dan arus elektrik yang berlebihan dan berbahaya terhadap alatan elektrik. Oleh itu, ia boleh beroperasi dalam keadaan kuasa elektrik yang lebih baik dan sempurna, yang seterusnya akan memanjangkan jangka hayat alatan elektrik tersebut.

9. Meningkatkan Muatan Kapasiti:
i-Power dapat mempertingkatkan muatan kapasiti lebih daripada 15%, kerana sebarang transformer, alat pemutus litar dan pendawaian yang digunakan adalah terikat kepada bekalan arus elektrik. Memandangkan ia dapat mempertingkatkan faktor kuasa elektrik dan mengurangkan arus elektrik, jadi, kuasa elektrik yang berlebihan akan disalurkan kepada muatan kerja alatan elektrik yang lain dan menjadikan alatan elektrik yang sama menampung lebih muatan kapasiti.

10. Mengurangkan Kehilangan Arus Elektrik
      Pada Litar:
i-Power dapat mempertingkatkan faktor kuasa elektriknya kerana sebahagian kuasa elektrik yang tidak berkesan pada litar itu telah pun diserapkannya. Jadi, aliran arus elektrik yang tidak berkesan itu sudah menjadi berkurangan, secara langsungnya, jumlah arus elektrik yang mengalir pada litar itu juga akan berkurangan. Janjinya, nilai persegi arus elektrik pada litar adalah berkadar terus dengan kehilangan arus elektrik pada litar. Jika jumlah nilai arus elektrik pada litar menurun, maka arus elektrik pada litar tersebut pasti akan kurang.

11. Memperbaiki Kesan Suar Berkelip:
Apabila perubahan muatan kuasa elektrik menjadi semakin besar, ia akan mengakibatkan perubahan pada kuasa voltan. Apatah berlakunya suar berkelip pada lampu cahaya, lampu kalimantang dan imej yang muncul pada skrin televisyen juga menjadi berkelip-kelip dan tidak stabil. Akibatnya, alatan elektrik akan mudah menjadi rosak. Begitu juga, ia akan menyakitkan mata kita kerana keletihan. i-Power dapat memperbaiki kesan suar berkelip yang dihasilkan oleh perubahan kuasa voltan dan elektrik kerana ia dapat menyelaraskan kuasa voltan dan elektrik serta menstabilkan faktor kuasa elektrik alatan tersebut.

12. Mengurangkan Kos Bayaran Elektrik:

Menurut laporan kajian soal-selidik yang dijalankan ke atas 1,000 syarikat korporat oleh CFO, sebuah syarikat penerbitan majalah kewangan dan ekonomi yang berkewibawa di Amerika Syarikat, telah pun mendedahkan dua penemuan yang mengejutkan :
• Bayaran bil elektrik merupakan kos perbelanjaan yang menduduki tempat ketiga atau keempat dalam hirarki jumlah kos perbelanjaan
syarikat;
• Syarikat korporat tidak berdaya mengawal kos pembayaran bil elektrik. Jumlah kos tersebut merupakan kos yang agak besar berbanding dengan kos perbelanjaan yang lain. 

Namun, syarikat korporat pula tidak berdaya mengawal kos tersebut. Majoritinya masih beranggapan bahawa kos elektrik adalah di luar kawalan mereka dan ia kena dibayar mengikut nilai kos yang tercatat pada bil. Lambat-laun, mereka pun berbelanja besar ke atas bil eletrik tanpa meneliti justifikasinya. Yang sedihnya, syarikat-syarikat korporat yang bersikap prihatin tentang kos kawalan elektrik ini telah pun dibasuh otak oleh syarikat bekalan elektrik dan pihak media, sehingga termasuk sebahagian besar pengguna yang tidak faham tentang peraturan sistem bekalan elektrik juga salah menyangka bahawa usaha “penjimatan elektrik adalah sama dengan kecurian elektrik”. Walaupun mereka ingin mengawal kos tersebut, tapi mereka tetap berasa waswas untuk melakukannya. Kekurangan pengetahuan tentang perundangan yang menjadikan sebab terutama dalam kos perbelanjaan elektrik yang tinggi untuk mereka. Kemunculan i-Power sebagai alatan elektrik yang paling berkesan dalam penjimatan kuasa elektrik boleh mengatasi masalah tersebut. Malah boleh menyediakan faktor kuasa yang paling praktikal untuk semua jenis alatan elektrik, dan seterusnya boleh mengurangkan kos elektrik. Lagipun, ia mudah dipasang pada tempat yang diizinkan pihak berkuasa serta mematuhi peraturan sistem bekalan elektrik dengan sepenuhnya.

Panduan Pengguna i-Power
Konsep Produk i-Power

Kehidupan harian moden tidak dapat dipisahkan dari bekalan elektrik kerana kita bergantung kepadanya dalam sejumlah besar perkakasan elektrik untuk kemudahan hidup kita, misalnya bekalan air panas, bekalan air paip, memasak, memakan, pencucian, mereka dipengaruhi oleh bekalan kuasa elektrik. Lebih daripada 80% bekalan elektrk di bumi dihasilkan daripada tenaga fosil. Petroleum merupakan pecahan sumber terbesar diikuti oleh tenaga arang batu. Sumber-sumber ini akan mengalami kehausan dalam abad ini, oleh itu adalah tidak dapat dielakkan untuk kita membayar caj-caj elektrik yang lebih tinggi pada masa depan. Caj-caj bekalan elektrik yang dikenakan kepada para pengguna tempatan berkenaan dengan penggunaan tenaga elektrik.

Perkakasan elektrik generasi baru menggunakan mikrocip terbina dalam bagi keberkesanan tenaga yang lebih baik, lebih mesra alam dan menjimat sumber tenaga sementara kita memainkan peranan masing-masing untuk memelihara alam sekitar. Kebanyakan perkakasan umum tidak diprogramkan bagi tujuan penawaran harga rendah bagi menarik pengguna umum untuk membuat keputusan pembelian pantas. Masalahnya, produk-produk sedemikan mempunyai keberkesanan rendah dan mengakibatkan peningkatan penggunaan elektrik. Secara purata, lebih daripada 70% perkakasan elektrik rumah tidak direka dengan ciri-ciri penjimatan tenaga.

i-Power menggunakan teknologi terkini, gelombang mikro dan prinsip penapis sikat untuk memperbaiki penggunaan perkakasan elektrik rumah yang menjimat sumber tenaga dan seterusnya meningkatkan keberkesanan perkakasan. Pengatur voltan terbina dalam akan memanjangkan hayat penggunaan perkakasan elektrik anda.


Sebelum Penggunaan i-Power


  1. Produk ini (warna hitam) menggunakan voltan serantau 200V-240V. Pastikan voltan yang bersesuaian dalam kawasan anda sebelum menggunakan produk kami. Jangan gunakan produk ini di negara yang berbekalan elektrik 110V.
  2. Cadangan umum untuk pemasangan penyesuai adalah untuk meletakkan soket dengan perkakasan elektrik rumah berganda litar, misalnya sambungan penggunaan kuasa tinggi untuk peti sejuk, televisyen, mesin pembasuh, lampu, dapur elektrik dan pemanas air.
  3. Jika anda tidak pasti dengan punca litar dalam rumah anda, utamakan pemasangan perkakasan elektrik berenjin, misalnya peti sejuk, televisyen, penyaman udara dan sebagainya.
  4. Jangan memasang penyesuai pada penyambung wayar kerana ia adalah tidak stabil. Jika anda mesti memasang penyesuai kepada penyambung wayar, pastikan kapasiti muatannya dan keberkesanan keselamatan serta jumlah voltan untuk semua perkakasan elektrik adalah dalam lingkungan faktor keselamatan. Sila pilih produk-produk yang disahkan oleh lembaga piawaian kebangsaan.
  5. Produk kami telah melepasi pemeriksaan 3 peringkat yang termasuk pemeriksaan bahagian-bahagian, status operasi, pengesanan dan rupa bentuk perkakasan, lepas itu baru ia dihantar kepada anda. Sila gunakan produk ini tanpa risau.

  1. Periksa sumber bekalan elektrik anda berada dalam lingkungan voltan 200-240V.
  2. Masukkan i-Power dalam soket setelah pengenalpastian.
  3. i-Power adalah direka cipta oleh Japan ZEROMAX, reka bentuk struktur i-Power adalah untuk soket buatan Jepun. Versi asing mempunyai penyesuai tempatan. Sila memilih penyesuai yang bersesuaian dan memasang i-Power ke dalam soket untuk memyempurnakan litar soket.
  4. Pasangkan suis di bahagian tepi i-Power. Anda akan melihat penunjuk LED berdengung yang menandakan bahawa i-Power mula beroperasi.
  5. LED i-Power yang direka khas akan melepaskan cahaya lembut pada waktu malam yang berfungsi sebagai lampu penderia. Sila pasangkan i-Power kepada soket yang paling dekat kepada tempat yang anda memerlukan sebuah lampu penderia. Keindahan produk ini akan juga menghidupkan malam anda.
  6. Penunjuk diperbuat daripada mentol LED dengan penggunaan kuasa rendah yang hampir tiada penggunaan elektrik dan sesuai untuk pencahayaan jangka panjang. Perbandingan penggunaan kuasa LED dan keberkesanan penjimatan tenaga i-Power menunjukkan bahawa hampir tiada penggunaan elektrik yang terlibat.

i-Charge


'PRODUK PENJAGAAN KERETA TERUNGGUL GENERASI TERKINI. ALAT ELEKTRONIK YANG DINAUNGI HAK CIPTA JEPUN.'

Kepentingan Voltan Elektrik Terhadap Kereta


Tahukah anda betapa pentingnya kuasa voltan terhadap pergerakan dan jangka hayat sebuah kereta? Kebanyakan masalah kereta yang timbul adalah berkaitan dengan bekalan kuasa voltan yang tidak stabil, sehingga ia berubah menjadi masalah yang serius. Biasanya, pemilik kereta selalu meminta bantuan mekanik apabila kereta bermasalah. Namun, mereka gagal menemui sebab utama dan jalan keluar untuk menangani masalah tersebut. Apa yang menyedihkan, pemilik kereta pula terpaksa berkompromi atas masalah tersebut. Cuba anda fikirkan, “mencegah lebih baik daripada merawati”, jadi, kita berbelanja demi menjaga kesihatan badan, begitu juga dengan kereta kesayangan kita. Berbelanja kecil dalam penjagaan kereta terdahulu bagai suatu pelaburan yang mendatangkan hasil pulangan yang berbaloi kepada anda kelak.

Sistem litar elektrik dan penggunaan petrol kereta juga berhubung kait sesama lain. Jika sistem litar elektrik itu usang, ia bukan saja semakin menghaus petrol kereta, penekan petrol bermasalah, kadar penghidupan enjin rendah, malah penukaran gear kereta juga tidak lancar. Kesemua masalah ini mungkin akan berlaku sebab satu kecacatan kecil yang timbul dalam sistem litar elektrik kereta. Jadi, untuk mencapai tahap penggunaan kuasa voltan kereta yang optimum, anda perlukan satu sistem litar elektrik yang sempurna dan stabil. Kini, kemunculan i-CHARGE, produk elektronik Jepun yang terbaru dan dihakpatenkan ini berupaya untuk membaiki kestabilan sistem litar elektrik kereta menerusi Pemantap Voltan. Sebaik sahaja i-CHARGE digunakan, kereta anda akan dikawal sempurna kerana ia berupaya mengatasi semua masalah kecil yang disebabkan oleh kuasa voltan yang tidak stabil. Satu lagi kelebihannya, cara pemasangan i-CHARGE ini amat mudah. Ia akan beroperasi apabila anda menyambungkannya kepada suis pencucuh, tanpa memasang sebarang alat-alat kelengkapan pada tangki petrol yang mungkin merosakkan kereta anda.

Ciri-Ciri Khas

Pemantap Voltan i-CHARGE merangkumi 3 sistem, yakni:

  • Sistem Pemantap Voltan
  • Sistem Doktor Bateri
  • Sistem Pengurangan Gangguan
Petunjuk Lampu LED bagi Sistem Doktor Bateri i-CHARGE adalah seperti berikut:



Fungsi dan Keberkesanan
  • Menjimatkan petrol secara berkesan
  • Menstabilkan gerak balas RPM
  • Meningkatkan tork enjin (engine torque)
  • Meningkatkan kuasa motor enjin kereta
  • Mengoptimumkan fungsi alat-alat kelengkapan elektronik dalam kereta

Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian
  • Jangan buka atau ubahsuai produk demi mengelakkan sebarang kerosakan atau kecederaan.
  • Produk ini hanya direka bentuk untuk kereta yang berkuasa voltan 12V saja.
  • Jangan mencabut atau mengalihkan produk daripada suis pencucuh semasa kereta dipandu.
  • Semasa i-CHARGE digunakan, pastikan setiap palamnya dimasukkan ke dalam soket dengan selamat.
  • Jika soket suis pencucuh terlonggar, ketatkan setiap mata soket sebelum ia dipasang.
  • Kesan penjimatan petrol adalah berbeza-beza mengikut cara memandu, iklim, keadaan jalan raya dan jenis kereta masing-masing.
Kelebihan-Kelebihan Produk


  • Meningkatkan gerak balas penekan petrol dan kuasa motor enjin.
  • Mengurangkan kadar kesilapan CPU kereta, meningkatkan kecekapan peralatan elektronik kereta.
  • Melancarkan proses penukaran gear kereta.
  • Membaiki dan memecutkan gerak balas motor enjin supaya lebih menjimatkan petrol.
  • Memaksimumkan kecekapan penghidupan enjin supaya berjalan lebih lancar.
  • Memanjangkan jangka hayat sistem litar elektrik dan alat-alat elektronik kereta.
  • Cara pemasangan yang mudah dan selamat digunakan. Satu pilihan DIY yang pertama bagi pemandu wanita.
  • Sesuai untuk semua jenis kereta dan motosikal.
  • Mengurangkan gangguan bunyi bising menerusi penapis gangguan bunyi, supaya menyediakan sistem bunyi yang lebih berkesan.
  • Dilengkapi dengan 2 Pelindung Fius untuk perlindungan yang lebih baik dan selamat digunakan.
  • Meningkatkan gerak balas RPM dengan kadar pecutan yang tinggi walaupun alat penyaman udara kereta dipasang pada tahap maksimum ketika cuaca panas.
  • Mengurangkan kadar pembebasan gas-gas karbon monoksida (CO) dan hidrokarbon (HC) ke udara.
  • 12 bulan waranti produk.
Laporan Ujian

Jadual Perbandingan Ujian Tork Enjin (Engine Torque) :
Jadual Perbandingan Pembebasan gas-gas karbon monoksida(CO) dan hidrokarbon (HC).


Panduan Praktikal Daripada Pakar Penjimat Petrol


  • Bersama-sama kita jimatkan petrol demi memulihara alam sekitar!
  • Berikutan daripada harga minyak antarabangsa yang melambung naik, harga minyak tempatan turut meningkat dengan mendadak, secara tidak langsung telah mengakibatkan kenaikan harga barangan. Keadaan ini memberi impak yang besar kepada orang ramai, khususnya mereka yang membawa kereta, apatah lagi gaji pula kekal sama. Anda disarankan mempraktikkan cara-cara menjimatkan petrol seperti berikut demi menyelamatkan diri kita dan memulihara alam sekitar.
  • Semasa hidupkan enjin
  • Elakkan menekan minyak dengan kuat, tambahkan kelajuan secara perlahan-lahan. Berbanding menambahkan kelajuan secara perlahan-lahan, menekan minyak dengan kuat akan menyebabkan penggunaan petrol bertambah sebanyak 2 hingga 3 kali ganda. Tabiat pemandu yang kasar, contohnya menekan minyak dengan kuat atau tiba-tiba menekan brek, boleh menyebabkan penggunaan petrol bertambah sebanyak 30%. Jadi, pandulah dengan cermat untuk memastikan perjalanan yang lebih lancar dan menyenangkan sepanjang hari. 

    • Memandu sambil memanaskan kereta
    • Kebanyakan kereta pada masa sekarang tidak lagi menggunakan karburetor, jadi enjin kereta tidak perlu dipanaskan sebelum berjalan. Tarikkan injap sambil membawa kereta dapat memanaskan enjin secara perlahan-lahan. Pandulah kereta dengan kelajuan yang biasa sambil memanaskan kereta anda. Selepas 1 - 2 km, enjin kereta anda akan mencapai suhu yang sesuai.
    • Semasa isikan minyak
    • Jangan bertindak keterlaluan. Apabila pam minyak berhenti secara automatik, bermakna tangki minyak telah penuh dan harus alihkan muncung bagi mengelakkan lebihan pengisian. Keadaan ini samalah seperti anda dipaksa makan bila perut sudah kenyang. Minyak berlebihan akan menumpah keluar jika kereta anda berjalan di atas jalan raya yang tidak rata. Keadaan ini bukan sahaja membazirkan, malah tidak mesra alam.
  • Dalam perjalanan
  • Kekalkan jarak yang selamat dan elakkan menekan brek secara mengejut. Kelajuan kereta akan berkurangan atau berhenti jika brek ditekan, jadi enjin perlukan petrol yang lebih untuk menggerakkan semula kereta daripada gear rendah atau daripada keadaan statik.
  • Elakkan memecut!
  • Semasa di lebuh raya, anda barangkali akan menambahkan kelajuan tanpa disedari sambil menikmati keseronokan memecut yang tak terpada. Memecut bukan sahaja akan meningkatkan penggunaan petrol, malah juga akan meningkatkan risiko ditimpa kemalangan jalan raya.
  • Perintang
  • Ramai yang suka pasangkan bendera kecil atau aksesori dan kelengkapan lain pada bumbung kereta. Benda-benda seperti itu sebenarnya merupakan perintang yang akan membebankan kereta anda dan memperlambatkan kelajuan kereta anda, seterusnya menambahkan penggunaan petrol.
    • Elakkan kerap menekan brek
    • Asyik merehatkan kaki kanan anda pada brek dan menekan brek bukan sahaja menambahkan penggunaan perol, bahkan juga akan memendekkan hayat brek kereta. Keadaan ini juga akan membahayakan pemandu yang mengikut di belakang kereta anda.
    • Tayar lebar dan rendah lebih stabil tetapi lebih tinggi penggunaan petrol
    • Sesetengah pemandu suka menukar tayar lebar dan rendah yang lebih luas permukaannya demi menikmati pemanduan yang lebih stabil semasa memecut. Oleh kerana permukaan tayar yang bersentuhan dengan jalan adalah lebih luas dan menyebabkan geseran yang lebih kuat, jadi ia perlukan kuasa enjin yang lebih. Keadaan ini akan meningkatkan penggunaan petrol, khususnya bermula daripada keadaan statik.
  • Pengetahuan Am
  • Letakkan kereta di tempat berteduh. Elakkan daripada meletakkan kereta di tempat tidak berteduh. Suhu dalam kereta akan naik jika kereta terdedah di bawah bahangan matahari dalam tempoh masa yang panjang. Apabila kereta dibawa, sistem penghawa dingin mengambil masa yang lebih panjang untuk menyejukkan keadaan dalam kereta, akibatnya penggunaan petrol turut bertambah.
  • Jangan melengahkan penyenggaraan berkala
  • Penyenggaraan adalah wajar bagi setiap 5,000 atau 10,000 km, untuk memeriksa penapis minyak, bendalir, angin, bateri, penyambung CV dan sebagainya bagi membolehkan kereta anda berkeadaan optimum dan lebih menjimatkan petrol. Tekanan tayar juga mesti diperiksa supaya berkeadaan normal. Tekanan angin yang sesuai dapat menambahkan 3.3% jarak yang dijalani. Kekurangan tekanan tayar menghabiskan petrol yang banyak iaitu penggunaan petrol akan bertambah 0.4 sen bagi setiap pengurangan 1 paun tekanan angin. Lebih teruk lagi tayar mungkin akan pancit kerana terlampau panas. Jadi pemeriksaan tekanan tayar dengan kerap bukan sahaja menjimatkan wang, malah juga dapat melindungi keselamatan anda. Tayar akan menggoncang jika tekanan tayar terlampau tinggi, ia juga akan mengakibatkan pancit dan membahayakan.
  • Bersihkan plag pencucuh
  • Karbon mungkin terkumpul pada bahagian enjin dan di sekeliling plag pencucuh jika kereta anda selalu terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Penimbunan karbon ini akan melemahkan proses pembakaran dan menghabiskan petrol yang lebih banyak. Jadi, plag pencucuh yang bersih boleh membantu pembakaran yang sempurna dan menjimatkan petrol.
  • Kurangkan alat elektrik
  • Tenaga elektrik dalam kereta dihasilkan oleh generator. Semua alat elektrik dalam kereta seperti penghawa dingin, lampu, sistem penggera, stroboskop dan sebagainya, hanya akan membebankan generator. Semakin banyak tenaga elektrik diperlukan, generator perlu mengeluarkan tekanan yang lebih pada timing belt untuk menghasilkan lebih banyak tenaga elektrik. Keadaan ini sudah pasti akan menambahkan penggunaan petrol.
  • Kurangkan bebanan
  • Ramai pemandu jarang mengemaskan dan membersihkan benda-benda yang tertimbun dalam keretanya, kadang-kala mencapai 40-50kg! Lebihan berat ini bersamaan dengan membawa lebih seorang penumpang, penggunaan petrol juga akan bertambah 1-2%.
  • Pengubahsuaian sembarangan membazirkan petrol dan wang!
  • Sesetengah kedai pengubahsuaian kenderaan akan menasihatkan pemilik kereta supaya menukarkan konverter katalisator. Pada halnya, pengubahsuaian sebegini hanya akan menekan ekzos lalu membebaskan lebih banyak tenaga dan menghabiskan petrol yang lebih.